Ayah Pin
Ayah Pin

Ayah Pin

Ariffin Mohamad (22 Jun 1941–22 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin merupakan seorang pengamal ajaran sesat Malaysia. Beliau ialah pengasas kepada Kerajaan Langit dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.[1]Dilahirkan di Beris, Kelantan, Ayah Pin telah menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" kepada semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 2, namun beliau dianggap oleh kebanyakan pengikutnya sebagai Tuhan dan segala yang dilakukannya berasaskan wahyu yang diterimanya dari langit. Ayah Pin dilayan seperti raja dan segala kelengkapannya disediakan seolah-olah seperti di kayangan.[2]Pada Disember 1997, Jabatan Agama Islam Terengganu mengisytiharkan ajaran Ayah Pin palsu, sesat dan menyeleweng. Beliau pernah dihukum penjara selama 11 bulan dalam tahun 2001. Pada 2002, selepas tamat hukuman penjara, Ayah Pin dan pengikutnya mula memperluaskan Kerajaan Langit. Ayah Pin berkahwin sebanyak 4 kali, mempunyai 4 isteri (isteri pertama meninggal dunia pada 2012) dan dikurniakan 21 anak hasil dari perkahwinan tersebut. Beliau meninggal dunia pada 22 April 2016 pada usia 74 tahun akibat sakit tua.[3]

Rujukan

WikiPedia: Ayah Pin http://www.theage.com.au/news/world/bulldozers-etc... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.p... http://www.malaysiakini.com/news/92991 http://www.malaysiakini.com/news/92993 http://www.religionnewsblog.com/11861/three-wives-... http://www.religionnewsblog.com/12121/lawyer-to-re... http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=10057 http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=10213